Timur Tengah Enterprise

Kami adalah pengimport dan pemborong Habbatus Sauda , Buah Tin , Minyak Zaitun , Cuka , Kacang , Makanan Kering , Kurma , Jus, Minuman dan Produk Kesihatan. Kebanyakan produk kami di import daripada negara Timur Tengah dan negara Islam lain.

Senarai Harga Barangan

Senarai Harga Barangan
10:10 PM

Khasiat Pati Kurma Sahra

Posted by fatal1ty

Sabda Rasulullah SAW: 
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
 (H.R. Bukhari)


Pati Jus Kurma Pekat Penuh Khasiat
100% pati kurma tanpa gula tambahan dan pengawet
Berat: 510 gm
 
Kelebihan Buah Kurma (Tamar)

1. Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

2. Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

3. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

4. Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain.

5. Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

6. Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

7. Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

8. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

9. Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

10. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

11. Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

12. Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.


KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.



Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)


Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.



Cara Amalan: (gunakan sudu plastik)
1 sudu besar sebelum sarapan pagi dan sebelum tido
Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.
Harga
1 botol = RM 14.00



Diimport dari Turki.Jenis Incirci Zade. Packaging bulat yang menarik,bersih dan berkualiti. Buah tin sangat kaya denga vitamin,mineral dan sangat tinggi kandungan Fiber,bagus untuk sistem penghadaman dan penjagaan usus.Setiap 100mg buah tin kering terkandung 12.20gm. serat sedangkan apple hanya 2.0gm.Didatangkan dalam pek 200gm yang bersih dan 100% semula jadi.




Harga RM 8.00 / 200gm / Pack

Sinar Harian - 05 Februari 2013

10:47 PM

Khasiat Habbatus Sauda

Posted by fatal1ty

 Petikan dari KOSMO Online (tentang Khasiat Habbatus Sauda)

Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).

Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).

Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.

 Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).

Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”

Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.

Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.

Sumber: SOLUSI



Minyak Habbatus Sauda @ Black Seed Oil by HEMANI 100ml


RM 35.00 Sahaja
Bagi mereka yang berminat untuk membeli, bole membuat tempahan melalui sms/call/WhatsApp Izzey - 019-337 3689
Harga:
1. RM 35.00 sebotol tanpa penghantaran. COD: Bandar Sri Permaisuri, KL & Taman Cenderawasih, Kuantan
2. Pembelian lebih daripada sebotol akan mendapat diskaun. Sila hubungi untuk maklumat lanjut.
3. Sila hubungi untuk harga pemborong.

7:09 PM

Pati Delima Gulsan

Posted by fatal1ty

 Bismillahirahmanirahim....


  
Khasiat Buah Delima (Menarik!) | Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Pesanan- Lihatlah betapa banyaknya khasiat buah delima ini sehingga Rasulullah SAW juga bercakap mengenainya. Tidak semua tempat ada menjual buah delima tidak seperti buah-buah yang lain. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti yang disebutkan di atas, cubalah amalkan Insha Allah buah delima dapat mengurangkan masalah kesihatan
Bagi mereka yang berminat untuk membeli, bole membuat tempahan melalui sms/call/WhatsApp Izzey - 019-337 3689

Harga:
1. RM 16.00 sebotol tanpa penghantaran. COD: Bandar Sri Permaisuri, KL & Taman Cenderawasih, Kuantan
2. Pembelian lebih daripada sebotol akan mendapat diskaun. Sila hubungi untuk maklumat lanjut.
3. Sila hubungi untuk harga pemborong.

 

6:31 PM

Contact

Posted by fatal1ty

Segala pertanyaan bolehlah dirujuk kepada Izzey di talian 019-337 3689 (SMS, WhatsApp) atau email ke timurtengah.ent@gmail.com